Selasa, 24 Disember 2013

New Classmate !!!


Assalamualaikum, semua yang baca blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca link blog tehah. sorry, tak de coint nak bagi k :D
Btw, tehah just nak entry somenthing. Kalau korang nak tahu tehah dah dalam second sem, huhu.. ok,tak nak tggu lama2,tehah nak hidangkan dengan pic class tehah aka new kelas, .harap semua terhibur . bye :)
























created by : [sfkm]

Jumaat, 4 Oktober 2013

Suria.

Hello hello, Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Adakah anda sihat? Alhamdulillah kepada sahabat yang sihat dan di berikan lagi kesempatan merasai nikmat Sang Pencipta Yang Maha Kaya. Tehah baru balik dari jogging dengan roomate tehah yang comel,nama dia suria. Budaknya kecil-kecil molek,rendah sikit dari tehah (tehah,tolong bangga sebab tehah tinggi cikit dari suria :D) .Actually, budak nie sebenarnya pindah bilik kterong kt B2. Sebelum nie dia dari B1, jiran sebelah blok aje. First time tehah tengok dia nie,orangnya peramah bak kata orang banyak mulut,tu tak jadi masalah yang penting hati dia baik ma,he3. Amboi,tehah puji suria melambung lah(tak dapat pape komisen pun).

Tehah kenal suria sebab dia selalu datang jumpe kavita (roomate tehah yang pandai bahasa tamil :) ) utk tanya pasal subjek tertentu. Dengar dia ketawa boleh gegar wing B T1. Tiba satu hari tu kavita cakap yang suria nak pindah bilik kteorg atas alasan tertentu ( tak baik buka aib org ) biar kami sahaja yang tahu k. maaf. Kami penghuni bilik buat kata sepakat supaya suria pun turut sama jadi penghuni B2.T1.##. Kteorg tolong angkut barang2 suria. Tehah tolong angkat satu beg besar tau,konon nak tunjuk kuat lah. Sampai je kt bilik kteorg tehah rasa nak pengsan,urut-urut cam nak tercabut. Suria-suria,nasib baik tehah ni macho tau,he3. Akhirnya,berpnghuni jugak katil yang nida tinggal kan. Kalau dulu time study pandang sebelah kanan, kosong je bila nida tak de tapi sekarang tak sebab suria kan dah ada.

Ermm, untuk maklumat korang, suria ni ada crush tau. ehem3, bukan main hensem beb. Putih tau,budak tu dari kelante. Amboi suria!! class tau. bila suria suruh tehah tgk crush dia,erm boleh tahan. Serba lengkap ( kembang suria :D ) tapi kan kesian dengan suria sebab ada seorang mamat senget,hari-hari kacau suria,sakat suria. Agaknya tak lengkap hidup dia kalau tak usik suria satu hari. ish3,hari2 mesti ada cte hot dan sensasi dari suria dengan mira pasal crush diorng,untunglah. tehah? single lah memanjang. mak,ayah,along,uda,ayep dengan aisy kan ada, he3. Back to initial topic pasal suria, erm, tehah harap suria tak nangis lagi sebab mamat senget tu. Dah lah suka main tarik2 beg suria,sampai nak putus bagai, ish mamat senget ni,nnt tehah keluarkan bunga silat kang baru takut,he3. 

Tapi kan tehah suka tengok suria dengan boboiboy sebab sweet bukan apa muka diorng tu hampir sama,comel. tehah ada teman kan diorng belajar(study group gtu) kt library. alolo,comelnya,haha :D. maaf suria sebab tehah suka tgk korg dua. Setiap pagi suria akan kejutkan tehah sampailah bangun, tehah memang susah tdo dan bangun,jd suria lah jd alarm tehah hari2. alarm tehah dah bunyi tapi tak sedar2 jgk sebab tu gne alarm semulajadi dari suria,haha. thank you suria. t kalau ko tak de,sape lah nk kjut tehah nnt.Lupa pulak nak cte yang suria satu negeri dengan tehah,johor. Luaskan kuasamu !!!

ok2 semua, nanti tehah sambung celoteh lagi k. Sebelum tehah out,ni ada gambar supaya korang dapat tgk muka comel suria @ cik yaya ni :D. Kalau rajin add lah dia kat fb,line ada kat bawah gambar. 
terima kasih semua :)


Created by [sfkm]

Sabtu, 14 September 2013

Selamat Hari Kemerdekaan (31 Ogos) dan Selamat Hari Malaysia (16 Semptember)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Maaf utk kali ni tehah entry dgn gmbr aje ea.
 jumpa next entry yg lebih menarik :) 
Selamat Hari kemerdekaan dan Hari Malaysia :)












Makan Malam Dinamika

Assalamualaikum

Makan Malam Dinamika? apakah? erm, kalau korang nak tahu,makam malam ni ala-ala kat hotel gtu. Semua waiter yang hidangkan, konsep makanan kali masakan cina. Ada 8 set hidangan. 

Kat sini tehah belajar cara makan orang cina. Boleh tahap sebab masakan dia,more herba dalam masakan tu macam halia, dan banyak lagi. 

Sambil makan tu,kteorg di sajikan dengan alunan lagu secara solo, duet dan kumpulan. Berbakat jgk budak KMK ni, semua terhibur. tak lupa jgk ada lucky draw. Berbaloi jgk hadiahnya. tp tehah tak de rezeki nk dapat.

 Yang paling di nanti-nanti ialah waktu di umumkan siapa pemenang utk pakaian yg mengikut tema. Temanya pakaian tradisional. Lelaki yg menang tu siap pakai baju melayu full dan perempuan plk yg menang indian, pakai sari siap aksesosinya yg lengkap. memang ikut tema lah. Tahniah kepada semua pemenang.

Sebelum tehah out, ni ada bebrpa kpng gambar, bleh lah tgk2, wt cuci mata k. Sekian.



Kavita :)


Suria :)


Tehah :)


Shun dan Eng :)


Tehah , Suria , Kavita 


Created by [sfkm]

Khamis, 12 September 2013

Gadis Permata Islam

Assalamualaikum



Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, 
Jagakan cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, 
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaqwa padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta palsu 

Ya Robbana, jika aku jatuh hati, 
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu

Ya Robbul Izzati, jika aku rindu,
 Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika aku rindu, 
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
 Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, 
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia padaMu

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
 Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

typing by [sfkm]

Khamis, 5 September 2013

Kasih Hilang Tiada Bicara

Assalamualaikum,sahabat sekalian. 
Apakah khabar sahabat sekalian? Semoga dalam keadaan sihat dalam limpahan rahmat tuhan. Amin. Tehah bersyukur sangat masih di berikan kesempatan untuk menghirup udara yang segar di negeri Jelapang padi ini. Allah aturkan kehidupan manusia sebenarnya dengan penuh nikmat,kebahagiaan,ketenangan tetapi manusia sahaja yang masih belum mampu menilainya. Mungkin kerana keegoan,kesombongan yang tinggi manusia masih belum membuka hati untuk menilainya. 

Tehah ada membaca sebuah buka tajuknya Saintis Islam,banyak input yang tehah dapat daripada buka tersebut. Sains sungguh menarik apabila kita gandingkan bersama Al-quran. Di sini tehah dapat satu konklusi bahawa setiap sesuatu mesti berganding dengan Al-quran,kita juga akan turut berjaya apabila kita selalu berpegang pada Al-quran. Semakin lama kita akan rasa dekat dengan Pencipta Yang Maha Agung. Percayalah.

Kadang-kadang kita rasa ada kekosongan bukan sebab teman wanita atau teman lelaki tidak telefon,sms,wechat atau whatsapp kita tapi kerana Allah jauh dengan kita. Tehah juga makhluk Allah yang kadang-kadang alpa,pernah jgk rasa seperti itu. Tehah akan rasa nak menangis,menjerit dan semuanya bila tehah rasa kekosongan. Keluarga dan sahabat banyak memberi dorongan, kita memang tak boleh jauh dari semua masalah,kesedihan dan kegagalan. Percayalah,ada hikmah yang pasti di situ. Kita sebagai hamba,pertama sekali harus menyesal dengan apa yg telah kita lakukan,hinakan lah diri kita hanya kerana Allah. kenapa tak nak buat? malu? tak perlu, itu hanya merugikan diri sendiri. 

Allah ada di mana-mana,tak usah malu utk memuji nama Allah yang indah,Maha Suci Allah semua ini adalah ketentuan dan peraturan Allah. Jadi, tak sukar utk menjadi hamba Allah yang baik,dekatkan diri dengan Allah. Sedih kita, marah kita dan semua yang negatif pada diri kita akan hilang kerana kita tahu,Allah selalu ada bersama kita. Semua ini pasti ada hikmah bukan bergantung pada nasib. Cari lah di mana Allah? Tentu Allah ada bersama kita. wassalam.
















Created by: [sfkm]

Jumaat, 9 Ogos 2013



ASSALAMUALAIKUM :)
 
Kami ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin'



angah :)


   

along :)


 

uda :)



ayep :)


aisy dan along :)

Di kesempatan ini jugaa,tehah ingin memohon ampun dan maaf seandainya butir bicara dan tingkah laku tehah menyinggung perasaan kawan2 sekalian. 
 Hari ahad persamaan 11 ogos 2013, tehah akan balik ke kedah. Doakan perjalanan kami selamat ea. Dan tak lupa jgk pada 13 ogos 2013 UPS1 akan bermula. 
Selamat penghadapi UPS utk pelajar matrikulasi tak kira d kedah , perak , johor, selangor dan negeri2 lain,good luck k. 



Khamis, 11 Julai 2013

Nikmatnya Bila Kehadiranmu, Wahai Ramadan



Assalamualaikum wbt




Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan (rincian) penjelasan petunjuk dan pembeda bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan yang Maha Agung, Maha Mulia dan Pemilik segala Alam. RAMADHAN-MU bakal menjelma, RAMADHAN-MU bakal di sambut dan di rai dengan penuh bermakna. Bulan Mulia segala bulan, bulan Rahmat segala bulan, bulan penuh cahaya dari segala bulan. Akan ku sambut dengan keikhlasan dan kemuliaan serta kebahagiaan.

Tuhan pemilik RAMADHAN, KAU terimalah amal-amal kami Ya Allah, kau terimalah PUASA kami Ya Rahman, KAU sucikanlah hati kami yang hitam dan gelap ini Ya Quduss, KAU peliharalah Iman dan Aqidah kami Ya Muhaimin, KAU ampunkanlah DOSA-DOSA lampau kami Ya Ghafur..
Sesungguhnya kami menanti malam seribu bulanMU Ya Allah. Moga kami dipertemukan malam LAILATUL QADAR-MU..
Perkenankanlah doa kami Ya Allah

AMIN YA RAB'BAL ALAMIN~



Khamis, 20 Jun 2013

Kami akan rindu Nida !!

Assalamualaikum, 

Dah lama tak entry kt sini. tehah sekarang berada di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) , Changlun. 8km sebelum sampai Thailand.. Dah masuk 3 minggu tehah kat kmk. macam-macam perkara tehah lalui. Perjalanan daripada Johor(tempat yg paling dirindui) hingga ke Kedah(tempat menuntut ilmu) bukan satu perjalanan yang dekat. tehah sedar ini adalah satu pengorbanan,ilmu Allah luas tak habis sampai bila-bila.

Tehah rasa bersyukur sangat kerana Allah tempat tehah di sini kerana di sini tehah belajar untuk kuat,kuat semangat. Siapa yang tak nangis bila pisah dengan keluarga, tipu lah tak menangis termasuk lah kaum adam. Lumrah bila kita jauh dari keluarga yang kita sayang kan. Jauh tak bermakna kita lemah semangat,justeru tehah kena jauh-jauh kena lebih semangat.


Then, tehah bersyukur sangat sebab di tempat dalam bilik b2.t1.14 - sila lah datang bila ini,kalau sanggup :) . Room mate tehah mmg paling superb lah, dah jadi cam keluarga. Masalah kteorg selalu kongsi, bukan masalah je tapi makanan,minuman,cerita dan apa2 lah. takde rahsia antara kami. Mereka ialah NIDA, MIRA, KAVITA. tapi tehah sedih sangat sebab NIDA nak pindah, keluar daripada kmk. NIDA nak sambung bidang yg dia minat. Berat rasanya nk lepaskan tp kami kena jgk sebab kalau NIDA bahagia, KAMI bahagia jgk. SEMOGA NIDA KUAT DI SANA DAN SENTIASA INGAT KAMI DI SINI. Kami akan rindu NIDA :( !! 


Terima kasih NIDA atas segala-galanya.


TEHAH, KAVITA, MIRA, NIDA :)






Selasa, 7 Mei 2013

Ksl Resort



Assalamualaikum and good afternoon :)
Buat kawan2 yang tehah kasihi dan sayangi.
pada hari selasa  7 mei 2013 tehah telah menghadiri satu temuduga di bawah program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Sebagai pelajar lepasan SPM 2012, tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi telah di berikan. Oleh itu, permohonan tersebut tutup pada tarikh 12 april 2013.Setiap pemohon harus menjalani proses kelayakan sehinggalah temuduga. Temuduga !! Ya Allah, memang tak pernah lah tehah pergi,ni kali pertama. macam2 perasaan time tu. semua makanan yang masuk akan keluar semula.

 first,tehah nk cerita macam mana mula2 tehah smpai kt tempat nk temuduga. tempat tu bknnya dekat,jauh la jgk kt jb. awal pagi dah keluar sebab takut jalan jam. sampai je tmpt yg hndk tuju,tehah dh jd cam pelancong luar negara sbb tnye sana sini tempat utk temuduga tu. pusing pnye pusing,hasil bantu org yg ada kt situ,sampai jgk kt level 7 Ksl Resort. Debaran makin terasa ni, pergi kat tmpat daftar pastu register nama, bg ic,kne ambil gmbar. selepas itu kena tunggu kt dalam satu bilik bersama dengan permohon lain. Yang lelakinya smart siap pakai kemeja berkot. perempuan biasa biasa sahaja berbaju kurung tetapi ada jgk yg pakai blaus panjang.

tunggu kt bilik tu agak lama daripada pkl 7.30 smpai 11.00 sebab 20 pemohon pertama kena jalankan tugasan yg diberikan terlebih dahulu. jd tinggal lah kami 10 org (7 prmpuan dan 3 lelaki). tggu pnye tggu smpat berbual dengan kawan2 baru,ada yg dari batu pahat, muar, plentong, tampoi,n9,dan banyak lagi. dorang sgt open minded. ajak lah borak pasal apa je, bleh je menyelit,he3. nama mereka atiqa,aisyah, hashima,suhana,fakhira milhan,ikmal,dani dan nurul fatihah,.dalam pkl 10.00 pg,kami seramai 10 org dibenarkan makanan, rezeki utk kami. Sambil makan kami menikmati permandangan di hadapan dengan keadaan swimming pool,playgroud utk main air. paling tehah rapat time program ni dengan atiqa, dia sgt best. pandai plk tu.straight A tau from mrsm pontian. orgnya pn tak smbong. miss u

Dalam pkl 11.00 pg kami di panggil utk buat macam2 aktiviti,sgt best. at last section is interview. dap dup dap dup dah mula jantung ni. nama siti fatihah di panggil, k langkah kaki kanan baca bismillah..soal pnye soal dengan sir.hisham,akhirnya tamat sesi temuduga. alhamdulillah. 4.15 ptg baru habis giliran tehah. hanya saya dpt rasa gemuruhnya cam mna dan hanya Allah yg tahu. Semoga pengalaman bermakna ini dapat memberikan saya input yg besar utk lebih berkeyakinan.tak lupa jgk kepada waiter,abg2 dan akak2 yg layan kami dri pagi hingga petang. best sgt gn u all. nite to meet u, semoga kte dpt jmpe kmbali,insya'allah. wassalam.

    
jap jap, saya nak ambil kan utk mereka :)

 dari kiri : aisyah , tehah , hashima , suhana , fakhira

 dari kanan : fakhira , suhana , hashima , tehah , aisyah dan atiqa

 ni utk awk semua,. jom makan :)


Jumaat, 5 April 2013

Kasih Sahabat

Kita ukir kenangan pada nilai persahabatan
walau ku terkadang alpa akan teman yang merapati
namum kini segalanya sunyi...
membisikkan kata-kata jua gurau senda
hanya imbauan menjadi nostalgia.

Pernah dulu kita berhalaqah
bermusyawarah bincang isu semasa
berdebat menahan hujah jua agenda

Kita menyedari dan menyelami 
pahit manis susah payah perjalanan ini
kita timba segalanya bersama
dengan satu fikrah satu amali
kita kutip mutiara kata
dari kitab mulia jua hadis Nabi
jadi pedoman pengukuh ikatan
penghalang dari segala kesesatan.

Kini segalanya berlalu...
tinggal masa dan saatnya lagi
andai kita terpisah kerana ukhuwah fillah
pasti di sana kita dengan kasihnya...
seorang SAHABAT! 

Rabu, 13 Mac 2013

Biskut Ohh Biskut

Di tengah-tengah balai pelepasan di sebuah lapangan terbang, seorang lelaki berbadan sederhana sedang duduk di kerusi.

Penerbangannya dijangka akan berlepas lebih kurang 45 minit lagi. Di sebelahnya ada seorang wanita asing, yang sedang melayati Interner menerusi smartphonenya.

Lelaki tesebut meneruskan pembacaannya. Tangannya mengambil biskut di sisinya dan terus mengunyahnya. Ketika dia mahu mengambil biskutnya lagi, dia terkejut apabila terpandang tangan wanita itu juga mencapai biskutnya.

"eh, kenapa dia mengambil biskutku? Sudahlah tak minta izin..." lelaki tersebut mula membuat sangkaan kepada wanita asing itu.

Pembacaannya semakin terganggu apabila melihat tangan wanita tersebut semakin kerap mengambil biskut yang berada di sisinya. Sudah tinggal separuh sahaja.

"amboi,tangan kanan pegang handphone, tangan kiri pegang biskut aju. Sedap-sedap dia saja!" Getus lelaki itu dalam hati. Dia cukup tidak selesa dalam keadaan tersebut.

Kini,hanya tinggal sekeping biskut sahaja dalam bungkusan tersebut. Lelaki dan wanita itu saling bertentang mata. Masing-masing tanya; siapa punya bahagian akhir ini?

Spontan wanita tersebut mengambil kepingan terakhir biskut tersebut dengan pantas. Lelaki itu melopong. Tiba-tiba, wanita itu mematahkan biskut tersebut kepada dua bahagian dan menghulurkan sebahagian kepada lelaki itu. Tanpa senyuman, dia mengambil bahagian itu.

Apabila pengumumam berkumandang memanggil para penumpang masuk ke dalam balai berlepas, lelaki itu bangun dan mencapai begnya. Sebelum itu, dia membuka begnya untuk mengambil baju sejuk.

Alangka terkejutnya apabila didapati bahawa bungkusan biskut yang dibeli tadi ada dalam begnya!

Rupa-rupanay dia telah tersilap sangka, bahawa biskut itu sebenarnya milik wanita asing itu!

#pengajaran: kesalahan orang lain sentiasa lita nampak, sedangkan kesalahan diri sendiri sering kita tidak sedar.

Ahad, 10 Mac 2013

Kasih dan sayang ! !

Assalamualaikum dan Selamat Petang

Siang berganti malam,malam berganti siang. Itulah putaran Allah ciptakan utk hambaNya di dunia. Siang utk mencari rezeki dan malam utk beristirahat tetapi kerana utk keselesaan anak-anak,ibu bapa sanggup bersengkang mata tidak kira siang atau malam,mereka bekerja keras dan kuat utk keselesaan tersebut. Anak-anak senang sahaja cakap "ayah nk duit" atau "mak nk duit". Sebagai seorang anak,kita perlu memahami dengan mendalam kepayahan ibu bapa dalam mencari rezeki.

Tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini, apa salahnya kita bantu meringankan beban mereka dengan menunjukkan tingkah laku yang baik,sedap sahaja mata mereka memandang. Kasih dan jasa ibu dan ayah tidak dapat dibayar walau dengan segunung emas pertama,seluas mutiara di lautan.

Marilah sama-sama mengaminkan doa ini khas utk ibu dan ayah kita.
Ya Allah,hambamu yang kerdil ini menadah tangan memohon doa. Ya Allah ampunkanlah dosa kedua-dua ibu bapa ku,tempatkanlah mereka di syurgaMu yang indah dengan nikmatMu yang tidak terhingga. Ya Allah Yang Maha mengetahui, Engkau mengetahui bahawa ibu bapa ku telah menjaga amanahMu ini dengan sebaik mungkin andai ada kekhilafan mereka,Engkau ampunkanlah mereka. Engkau tabahkanlah hati mereka dengan setabah-tabahnya dalam menempuhi kesukaran dalam menjaga amanahMu ini,kuatkan lah semangat mereka agar terus berusaha menerapkan cahaya islam dalam hati ini. Ya Allah kuatkan juga semangat mak dan ayah untuk mencari rezeki yang halal agar mereka dapat memelihara kami. Amin

#kasih sayang ibu dan ayah tiada tolak bandingnya.

Ahad, 24 Februari 2013

Syukran . .

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah

Apa khabar kawan-kawan sekalian ? Harap di dalam keadaan sihat sejahtera ea. Alhamdulillah,syukur tehah di berikan lagi kesempatan untuk merasai nikmat yang Allah bentangkan kepada makhluk ciptaanNya. Dalam sibuk dengan menguruskan hal keluarga dan diri ini, tehah berkesempatan juga mengikuti kursus. Melalui kursus itu, tehah dapat menambah ilmu pengetahuan tehah yang masih sedikit ini,alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak penganjur,tuan penceramah dan pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung.

Dalam kesempatan ini ,tehah nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada sahabat tehah yang sentiasa ada ketika tehah susah atau senang,awak sentiasa mendengar masalah tehah, kadang-kadang malu dengan awak kerana walaupun awak sudah kehilangan ayah yang tersayang tapi awak tetap kuat dan tabah. Ucapan tehah untuk awak yang sentiasa tehah ingati dan sayangi,Semoga awak di panjangkan umur,di murahkan rezeki, sentiasa di berikan kekuatan dalam menempuhi segala dugaan dan di makbulkan segala yang dihajati , semoga persahabatan kita berpanjangan walaupun berjauhan serta sentiasa di bawah lembayung rahmatNya,Amin.

#Sepanjang kehidupan kita,bersyukurlah apa yang ada untuk kita :)









Sabtu, 2 Februari 2013

Biar Berakhir dengan Noktah

Assalamulaikum dan Selamat Malam :)

Pada tepat pukul 2340 saya dah selesai delete semua im dan dm awk. Bukan senang nak delete kenangan yang ada tapi dengan semangat untuk mengubah diri saya supaya berpijak pada bumi yang nyata tanpa angan-angan kosong. Walaupun hanya sekadar ayat-ayat cinta biasa tapi ianya banyak memberi semangat dan dorongan bila saya sedih dan duka. Awak , awk banyak ajar saya tentang kehidupan,cara belajar ketika dalam kesusahan.

Awak , janji Allah itu tepat. Andai awak yakin , awak akan tunggu saya walau 10 tahun,20 tahun dan selamanya. Andai bukan awak untuk saya,ada seorang wanita di luar sana menanti untuk merasa keikhlasan hati awak yang luhur. Jangan pernah menyesal dengan apa yang telah kita lalui kerana dengan itu kita dapat kenal antara satu sama lain. .

Dengan lafaz basmallah,saya cuba untuk lupakan segala masalah dan cuba untuk menjadi wanita hebat andai sehebat Ainul madhiah. . Hati yang utuh untuk Tuhan yang Esa tanpa berbelah bagi. Doa untuk awak tak lekang dari bibir ini kerana awak sahabat yang sangat baik dan memahami bukannya menyakiti dan memusuhi saya.

#Maafkan saya.

Rabu, 30 Januari 2013

Rindu Delimarian . .

Asslamualaikum..

Nampak title kat atas tu..tu lah perasaan sya skrg,Delimarian ialah nme bg bdk kls sya,korg ada ? Tak de kan :D..Rndu nk dngr hiruk pikuk dieorg,yg mrh ada,majuk ada,gmbira ada,sdih pn ada..yg plg sedih ble habis sekolah..waaaa,nk melalak sekuat kuatnye lah..oppss,jgn over,krg mas kahwin nnt..sumpah,sya rindu.klu sya rndu sya akan taip kat fon cm ni.."delimarian" banyak2,smpai banyak page..tak pe lah,ble lg nk wt kan,kte rnduuu.mgkn korg bleh anggap kata sya hanya buat2 tp realiti sapa tahu kan,sya harap delimarian sihat2 dan ceria selalu ea,hope korg tak lpe sya kt sni.. K lah,salam.
#kenangan mmg susah utk dilupakan :)

Lembaran Baru . .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kawan2,sorry dah lama sangat tehah tak kongsi apa apa kat sini,mula mula tu sibuk dengan persediaan SPM,pastu bila dah habis tehah sibuk dengan kerja,macam2 kan tehah ni..Buat pengetahuan kawan2,tehah skrg kerja dengan mak,ayah dan along buat bisnes family.Sambil kerja tu tehah ambil lesen kereta dan motor kat Mega..Esok tehah start belajar yg utk 10 jam pnya.
Banyak yg tehah nk cerita,nnt klu tehah ada free tehah share,sblum tehah lupa ni,tehah nk bg tahu tehah makin tembam sekrg,sumpah ni pengakuan jujur tau,ha3..mak cik pn cakap,almaklum lah duduk rumah je sjk hbs SPM,kluar pn bila ada urusan dgn bank atau belanja barang..ok lah,kita smbg lain kali ea.tehah nk stndy utk hari esk. Assalammualaikum :)
#snyum itu sedekah.