Assalamualaikum,sahabat sekalian.
Apakah khabar sahabat sekalian? Semoga dalam keadaan sihat dalam limpahan rahmat tuhan. Amin. Tehah bersyukur sangat masih di berikan kesempatan untuk menghirup udara yang segar di negeri Jelapang padi ini. Allah aturkan kehidupan manusia sebenarnya dengan penuh nikmat,kebahagiaan,ketenangan tetapi manusia sahaja yang masih belum mampu menilainya. Mungkin kerana keegoan,kesombongan yang tinggi manusia masih belum membuka hati untuk menilainya.
Tehah ada membaca sebuah buka tajuknya Saintis Islam,banyak input yang tehah dapat daripada buka tersebut. Sains sungguh menarik apabila kita gandingkan bersama Al-quran. Di sini tehah dapat satu konklusi bahawa setiap sesuatu mesti berganding dengan Al-quran,kita juga akan turut berjaya apabila kita selalu berpegang pada Al-quran. Semakin lama kita akan rasa dekat dengan Pencipta Yang Maha Agung. Percayalah.
Kadang-kadang kita rasa ada kekosongan bukan sebab teman wanita atau teman lelaki tidak telefon,sms,wechat atau whatsapp kita tapi kerana Allah jauh dengan kita. Tehah juga makhluk Allah yang kadang-kadang alpa,pernah jgk rasa seperti itu. Tehah akan rasa nak menangis,menjerit dan semuanya bila tehah rasa kekosongan. Keluarga dan sahabat banyak memberi dorongan, kita memang tak boleh jauh dari semua masalah,kesedihan dan kegagalan. Percayalah,ada hikmah yang pasti di situ. Kita sebagai hamba,pertama sekali harus menyesal dengan apa yg telah kita lakukan,hinakan lah diri kita hanya kerana Allah. kenapa tak nak buat? malu? tak perlu, itu hanya merugikan diri sendiri.
Allah ada di mana-mana,tak usah malu utk memuji nama Allah yang indah,Maha Suci Allah semua ini adalah ketentuan dan peraturan Allah. Jadi, tak sukar utk menjadi hamba Allah yang baik,dekatkan diri dengan Allah. Sedih kita, marah kita dan semua yang negatif pada diri kita akan hilang kerana kita tahu,Allah selalu ada bersama kita. Semua ini pasti ada hikmah bukan bergantung pada nasib. Cari lah di mana Allah? Tentu Allah ada bersama kita. wassalam.
Created by: [sfkm]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan