Sabtu, 2 Februari 2013

Biar Berakhir dengan Noktah

Assalamulaikum dan Selamat Malam :)

Pada tepat pukul 2340 saya dah selesai delete semua im dan dm awk. Bukan senang nak delete kenangan yang ada tapi dengan semangat untuk mengubah diri saya supaya berpijak pada bumi yang nyata tanpa angan-angan kosong. Walaupun hanya sekadar ayat-ayat cinta biasa tapi ianya banyak memberi semangat dan dorongan bila saya sedih dan duka. Awak , awk banyak ajar saya tentang kehidupan,cara belajar ketika dalam kesusahan.

Awak , janji Allah itu tepat. Andai awak yakin , awak akan tunggu saya walau 10 tahun,20 tahun dan selamanya. Andai bukan awak untuk saya,ada seorang wanita di luar sana menanti untuk merasa keikhlasan hati awak yang luhur. Jangan pernah menyesal dengan apa yang telah kita lalui kerana dengan itu kita dapat kenal antara satu sama lain. .

Dengan lafaz basmallah,saya cuba untuk lupakan segala masalah dan cuba untuk menjadi wanita hebat andai sehebat Ainul madhiah. . Hati yang utuh untuk Tuhan yang Esa tanpa berbelah bagi. Doa untuk awak tak lekang dari bibir ini kerana awak sahabat yang sangat baik dan memahami bukannya menyakiti dan memusuhi saya.

#Maafkan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan