Ahad, 10 Mac 2013

Kasih dan sayang ! !

Assalamualaikum dan Selamat Petang

Siang berganti malam,malam berganti siang. Itulah putaran Allah ciptakan utk hambaNya di dunia. Siang utk mencari rezeki dan malam utk beristirahat tetapi kerana utk keselesaan anak-anak,ibu bapa sanggup bersengkang mata tidak kira siang atau malam,mereka bekerja keras dan kuat utk keselesaan tersebut. Anak-anak senang sahaja cakap "ayah nk duit" atau "mak nk duit". Sebagai seorang anak,kita perlu memahami dengan mendalam kepayahan ibu bapa dalam mencari rezeki.

Tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini, apa salahnya kita bantu meringankan beban mereka dengan menunjukkan tingkah laku yang baik,sedap sahaja mata mereka memandang. Kasih dan jasa ibu dan ayah tidak dapat dibayar walau dengan segunung emas pertama,seluas mutiara di lautan.

Marilah sama-sama mengaminkan doa ini khas utk ibu dan ayah kita.
Ya Allah,hambamu yang kerdil ini menadah tangan memohon doa. Ya Allah ampunkanlah dosa kedua-dua ibu bapa ku,tempatkanlah mereka di syurgaMu yang indah dengan nikmatMu yang tidak terhingga. Ya Allah Yang Maha mengetahui, Engkau mengetahui bahawa ibu bapa ku telah menjaga amanahMu ini dengan sebaik mungkin andai ada kekhilafan mereka,Engkau ampunkanlah mereka. Engkau tabahkanlah hati mereka dengan setabah-tabahnya dalam menempuhi kesukaran dalam menjaga amanahMu ini,kuatkan lah semangat mereka agar terus berusaha menerapkan cahaya islam dalam hati ini. Ya Allah kuatkan juga semangat mak dan ayah untuk mencari rezeki yang halal agar mereka dapat memelihara kami. Amin

#kasih sayang ibu dan ayah tiada tolak bandingnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan