Sabtu, 19 Julai 2014

Jadi , Maka Jadilah

Segala puji bagi Allah,tuhan yang menghidupkan dan mematikan makhluk tidak kira masa dan tempat.

Bersyukur kepada Allah yang menguasai hari pembalasan, kita dapat bersua lagi dalam coretan kali ini kerana kesibukan untuk mempersiapkan diri supaya menjadi insan yang berjaya dunia akhirat,kesibukan itu tidak menghalang saya utk mentaip setiap huruf, setiap patah perkataan biarpun tiada siapa yang ingin membaca apatah lagi melihat coretan ini tetapi saya tetap bersyukur kerana saya berkongsi sedikit yang saya ada. 

Allah itu Maha Mengetahui setiap perbuatan hambaNya tiada satu pun yang akan terlepas. Apakah yang telah kita lakukan? semua yang kita lakukan Allah mengetahui. Bukan saya ingin menjadi ustazah di sini tetapi kita sebagai insan di muka bumi ini harus saling ingat mengingati kerana manusia ini cepat lupa!

Wahai jiwa-jiwa yang masih tercari-cari siapa anda? apa yang anda boleh sumbang dalam agama islam? tidak pasti jawabannya bukan? bangkitlah jiwa-jiwa yang sedang tercari-cari sesuatu itu. Islam telah di turunkan oleh Allah kepada pesuruhNya, Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah agama yang menyeluruh, mencakup semua kehidupan. Islam adalah negara atau watan, ataupun pemerintah atau ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaaan dan harta atau usaha dan kekayaaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Wahai hati-hati yang suci murni tumbuh kerana keyakinan kepada agama islam, ayuh kita melangkah untuk membantu sahabat-sahabat yang jahil tentang erti semua ini. Kun Fayakun. Allah akan membantu jika kita membuat sesuatu dalam keredhaanNya. Jangan leka dan lalai, musuh kita sentiasa ada. 

Semoga dapat kita bersua kembali dalam coretan akan datang. Yang baik dari Allah , yang buruk datang dari kejahilan saya sendiri.


created : [ sfkm ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan