Khamis, 31 Julai 2014

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum wbt 

*ketupat *rendang *dodol *bunga api *mercun *duit raya 
Benda-benda ni semua wajib ada bila tiba hari nak 1 syawal, orang kata tak havoc kalau tk ada. 
Macam mana raya tahun ni? mesti best kan dapat kumpul ramai dengan ahli keluarga , saudara mara yang jauh ataupun dekat. 

Di kesempatan ini, Saya Siti Fatihah Binti Khairol Mizan ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan ,guru-guru, orang di sekelililng yang kenal atau tidak. Mungkin ada tutur kata atau sikap tak elok dari diri saya, saya minta maaf. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
 *Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin*
*Nak duit raya, Jangan lupa datang rumah*
*No 1 Jln Sejahtera 22, nusa damai , pasir gudang , johor :D

Kita jumpa pada coretan yang akan datang dengan gambar raya pulak ;)

created by : [sfkm]

Sabtu, 19 Julai 2014

Jadi , Maka Jadilah

Segala puji bagi Allah,tuhan yang menghidupkan dan mematikan makhluk tidak kira masa dan tempat.

Bersyukur kepada Allah yang menguasai hari pembalasan, kita dapat bersua lagi dalam coretan kali ini kerana kesibukan untuk mempersiapkan diri supaya menjadi insan yang berjaya dunia akhirat,kesibukan itu tidak menghalang saya utk mentaip setiap huruf, setiap patah perkataan biarpun tiada siapa yang ingin membaca apatah lagi melihat coretan ini tetapi saya tetap bersyukur kerana saya berkongsi sedikit yang saya ada. 

Allah itu Maha Mengetahui setiap perbuatan hambaNya tiada satu pun yang akan terlepas. Apakah yang telah kita lakukan? semua yang kita lakukan Allah mengetahui. Bukan saya ingin menjadi ustazah di sini tetapi kita sebagai insan di muka bumi ini harus saling ingat mengingati kerana manusia ini cepat lupa!

Wahai jiwa-jiwa yang masih tercari-cari siapa anda? apa yang anda boleh sumbang dalam agama islam? tidak pasti jawabannya bukan? bangkitlah jiwa-jiwa yang sedang tercari-cari sesuatu itu. Islam telah di turunkan oleh Allah kepada pesuruhNya, Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah agama yang menyeluruh, mencakup semua kehidupan. Islam adalah negara atau watan, ataupun pemerintah atau ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaaan dan harta atau usaha dan kekayaaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Wahai hati-hati yang suci murni tumbuh kerana keyakinan kepada agama islam, ayuh kita melangkah untuk membantu sahabat-sahabat yang jahil tentang erti semua ini. Kun Fayakun. Allah akan membantu jika kita membuat sesuatu dalam keredhaanNya. Jangan leka dan lalai, musuh kita sentiasa ada. 

Semoga dapat kita bersua kembali dalam coretan akan datang. Yang baik dari Allah , yang buruk datang dari kejahilan saya sendiri.


created : [ sfkm ]