Sabtu, 25 Oktober 2014

Saya pulang ! !

Asssalamualaikum dan selamat sejahtera serta berbahagia selalu

Ingat saya lagi ? Ala yang comel tu, haha. Siti fatihah aka sfkm ! Im back k , sorry , i rasa lama sgt tak entry. Wait, awat ber(i² ^_^) , al maklum lah dah kawan dgn orang dari smua negeri dalam malaysia, haha (perasan , dush dush ) 

Sekarang sy dah bermastautin ke penang, ahaha. Sambung belajar di UiTM Pulau Pinang, course ? Bisnes , operation management. Jangan nak terkezut sangat kenapa amik bisnes ! Dari bidang sains terus terjun amik bisnes. Sebab bisnes is my 1st choice, untung tak? Mohon trus dpt. Haha. Acctualy, bkn sebab tu sebenarnya, ada agenda lain yg sya rancang, he3 (gaya macam suspen kan haha)

Dalam bisnes sya ambil , bisnes law, account, IT, management, eco, bi, mandarin dan yg paling best kesatria aka kena kawad,he3. Comander  handsome2. Sado2. Haha. Siti fatihah binti khairol mizan behave please ! Haha. Course utk bisnes tak de kat permatang pauh, so pagi dlm pkl 7 hingga 7.30am kte kne naik bas pergi ke bertam. Biasanya, kelas start pkl 9am, perjalanan ke bertam dlm 30minit cmtu, walaupun kelas petang tp still kne pergi pagi, lain lah senior2 yg ada motor dgn krta sendiri,boleh je dtg lewat. 

UiTM Bertam sebenarnya utk budak farmasi dan seangkatan dengannya tp yang amik diploma lah, Degree kebanyakkannya mmg amik bisnes. Kteorg jmpe bdk diploma dlm 2minggu je, pastu kampus tu jdi org yang punya. Haha(gelak jahat) 
Kampus bertam ni baru lagi, so krenya kteorg ni 1st butch lh yg masuk utk degree, special tak ? 

Kalau belajar kat bertam rasa macam kat hospital, tak sabar nak pindah kat sana, kteorg akan duduk tetap kt situ ble kolej kediaman siap mgkin dlm next sem bulan 3 gtu. Sy dh g lawat tmpt kolej tu, cantik tau. Jgn jeles. Klu sy dh duduk situ, sy amik gmbr and share dgn korang k . Dont worry . 

K lah, nnt sy celotah lg k . Sy nak tdo dlu sbb esk nak g hiking kat bukit bendera, siapa yg free moh dtg ramai2. Haha. Jmpe di sana, di sana. Selamat malam semua, ingat! Jgn lupa cuci kaki , muka t toyol ikut, haha. Just joke ok. Ok uall. Wan an (selamat malam dalam mandarin ) :* 
Assalamualaikum 

Created by : sfkm

Khamis, 31 Julai 2014

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum wbt 

*ketupat *rendang *dodol *bunga api *mercun *duit raya 
Benda-benda ni semua wajib ada bila tiba hari nak 1 syawal, orang kata tak havoc kalau tk ada. 
Macam mana raya tahun ni? mesti best kan dapat kumpul ramai dengan ahli keluarga , saudara mara yang jauh ataupun dekat. 

Di kesempatan ini, Saya Siti Fatihah Binti Khairol Mizan ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan ,guru-guru, orang di sekelililng yang kenal atau tidak. Mungkin ada tutur kata atau sikap tak elok dari diri saya, saya minta maaf. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
 *Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin*
*Nak duit raya, Jangan lupa datang rumah*
*No 1 Jln Sejahtera 22, nusa damai , pasir gudang , johor :D

Kita jumpa pada coretan yang akan datang dengan gambar raya pulak ;)

created by : [sfkm]

Sabtu, 19 Julai 2014

Jadi , Maka Jadilah

Segala puji bagi Allah,tuhan yang menghidupkan dan mematikan makhluk tidak kira masa dan tempat.

Bersyukur kepada Allah yang menguasai hari pembalasan, kita dapat bersua lagi dalam coretan kali ini kerana kesibukan untuk mempersiapkan diri supaya menjadi insan yang berjaya dunia akhirat,kesibukan itu tidak menghalang saya utk mentaip setiap huruf, setiap patah perkataan biarpun tiada siapa yang ingin membaca apatah lagi melihat coretan ini tetapi saya tetap bersyukur kerana saya berkongsi sedikit yang saya ada. 

Allah itu Maha Mengetahui setiap perbuatan hambaNya tiada satu pun yang akan terlepas. Apakah yang telah kita lakukan? semua yang kita lakukan Allah mengetahui. Bukan saya ingin menjadi ustazah di sini tetapi kita sebagai insan di muka bumi ini harus saling ingat mengingati kerana manusia ini cepat lupa!

Wahai jiwa-jiwa yang masih tercari-cari siapa anda? apa yang anda boleh sumbang dalam agama islam? tidak pasti jawabannya bukan? bangkitlah jiwa-jiwa yang sedang tercari-cari sesuatu itu. Islam telah di turunkan oleh Allah kepada pesuruhNya, Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah agama yang menyeluruh, mencakup semua kehidupan. Islam adalah negara atau watan, ataupun pemerintah atau ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaaan dan harta atau usaha dan kekayaaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Wahai hati-hati yang suci murni tumbuh kerana keyakinan kepada agama islam, ayuh kita melangkah untuk membantu sahabat-sahabat yang jahil tentang erti semua ini. Kun Fayakun. Allah akan membantu jika kita membuat sesuatu dalam keredhaanNya. Jangan leka dan lalai, musuh kita sentiasa ada. 

Semoga dapat kita bersua kembali dalam coretan akan datang. Yang baik dari Allah , yang buruk datang dari kejahilan saya sendiri.


created : [ sfkm ]