Sabtu, 14 September 2013

Selamat Hari Kemerdekaan (31 Ogos) dan Selamat Hari Malaysia (16 Semptember)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Maaf utk kali ni tehah entry dgn gmbr aje ea.
 jumpa next entry yg lebih menarik :) 
Selamat Hari kemerdekaan dan Hari Malaysia :)












Makan Malam Dinamika

Assalamualaikum

Makan Malam Dinamika? apakah? erm, kalau korang nak tahu,makam malam ni ala-ala kat hotel gtu. Semua waiter yang hidangkan, konsep makanan kali masakan cina. Ada 8 set hidangan. 

Kat sini tehah belajar cara makan orang cina. Boleh tahap sebab masakan dia,more herba dalam masakan tu macam halia, dan banyak lagi. 

Sambil makan tu,kteorg di sajikan dengan alunan lagu secara solo, duet dan kumpulan. Berbakat jgk budak KMK ni, semua terhibur. tak lupa jgk ada lucky draw. Berbaloi jgk hadiahnya. tp tehah tak de rezeki nk dapat.

 Yang paling di nanti-nanti ialah waktu di umumkan siapa pemenang utk pakaian yg mengikut tema. Temanya pakaian tradisional. Lelaki yg menang tu siap pakai baju melayu full dan perempuan plk yg menang indian, pakai sari siap aksesosinya yg lengkap. memang ikut tema lah. Tahniah kepada semua pemenang.

Sebelum tehah out, ni ada bebrpa kpng gambar, bleh lah tgk2, wt cuci mata k. Sekian.



Kavita :)


Suria :)


Tehah :)


Shun dan Eng :)


Tehah , Suria , Kavita 


Created by [sfkm]

Khamis, 12 September 2013

Gadis Permata Islam

Assalamualaikum



Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, 
Jagakan cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, 
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaqwa padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta palsu 

Ya Robbana, jika aku jatuh hati, 
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu

Ya Robbul Izzati, jika aku rindu,
 Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika aku rindu, 
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
 Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, 
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia padaMu

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
 Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

typing by [sfkm]

Khamis, 5 September 2013

Kasih Hilang Tiada Bicara

Assalamualaikum,sahabat sekalian. 
Apakah khabar sahabat sekalian? Semoga dalam keadaan sihat dalam limpahan rahmat tuhan. Amin. Tehah bersyukur sangat masih di berikan kesempatan untuk menghirup udara yang segar di negeri Jelapang padi ini. Allah aturkan kehidupan manusia sebenarnya dengan penuh nikmat,kebahagiaan,ketenangan tetapi manusia sahaja yang masih belum mampu menilainya. Mungkin kerana keegoan,kesombongan yang tinggi manusia masih belum membuka hati untuk menilainya. 

Tehah ada membaca sebuah buka tajuknya Saintis Islam,banyak input yang tehah dapat daripada buka tersebut. Sains sungguh menarik apabila kita gandingkan bersama Al-quran. Di sini tehah dapat satu konklusi bahawa setiap sesuatu mesti berganding dengan Al-quran,kita juga akan turut berjaya apabila kita selalu berpegang pada Al-quran. Semakin lama kita akan rasa dekat dengan Pencipta Yang Maha Agung. Percayalah.

Kadang-kadang kita rasa ada kekosongan bukan sebab teman wanita atau teman lelaki tidak telefon,sms,wechat atau whatsapp kita tapi kerana Allah jauh dengan kita. Tehah juga makhluk Allah yang kadang-kadang alpa,pernah jgk rasa seperti itu. Tehah akan rasa nak menangis,menjerit dan semuanya bila tehah rasa kekosongan. Keluarga dan sahabat banyak memberi dorongan, kita memang tak boleh jauh dari semua masalah,kesedihan dan kegagalan. Percayalah,ada hikmah yang pasti di situ. Kita sebagai hamba,pertama sekali harus menyesal dengan apa yg telah kita lakukan,hinakan lah diri kita hanya kerana Allah. kenapa tak nak buat? malu? tak perlu, itu hanya merugikan diri sendiri. 

Allah ada di mana-mana,tak usah malu utk memuji nama Allah yang indah,Maha Suci Allah semua ini adalah ketentuan dan peraturan Allah. Jadi, tak sukar utk menjadi hamba Allah yang baik,dekatkan diri dengan Allah. Sedih kita, marah kita dan semua yang negatif pada diri kita akan hilang kerana kita tahu,Allah selalu ada bersama kita. Semua ini pasti ada hikmah bukan bergantung pada nasib. Cari lah di mana Allah? Tentu Allah ada bersama kita. wassalam.
















Created by: [sfkm]