Di tengah-tengah balai pelepasan di sebuah lapangan terbang, seorang lelaki berbadan sederhana sedang duduk di kerusi.
Penerbangannya dijangka akan berlepas lebih kurang 45 minit lagi. Di sebelahnya ada seorang wanita asing, yang sedang melayati Interner menerusi smartphonenya.
Lelaki tesebut meneruskan pembacaannya. Tangannya mengambil biskut di sisinya dan terus mengunyahnya. Ketika dia mahu mengambil biskutnya lagi, dia terkejut apabila terpandang tangan wanita itu juga mencapai biskutnya.
"eh, kenapa dia mengambil biskutku? Sudahlah tak minta izin..." lelaki tersebut mula membuat sangkaan kepada wanita asing itu.
Pembacaannya semakin terganggu apabila melihat tangan wanita tersebut semakin kerap mengambil biskut yang berada di sisinya. Sudah tinggal separuh sahaja.
"amboi,tangan kanan pegang handphone, tangan kiri pegang biskut aju. Sedap-sedap dia saja!" Getus lelaki itu dalam hati. Dia cukup tidak selesa dalam keadaan tersebut.
Kini,hanya tinggal sekeping biskut sahaja dalam bungkusan tersebut. Lelaki dan wanita itu saling bertentang mata. Masing-masing tanya; siapa punya bahagian akhir ini?
Spontan wanita tersebut mengambil kepingan terakhir biskut tersebut dengan pantas. Lelaki itu melopong. Tiba-tiba, wanita itu mematahkan biskut tersebut kepada dua bahagian dan menghulurkan sebahagian kepada lelaki itu. Tanpa senyuman, dia mengambil bahagian itu.
Apabila pengumumam berkumandang memanggil para penumpang masuk ke dalam balai berlepas, lelaki itu bangun dan mencapai begnya. Sebelum itu, dia membuka begnya untuk mengambil baju sejuk.
Alangka terkejutnya apabila didapati bahawa bungkusan biskut yang dibeli tadi ada dalam begnya!
Rupa-rupanay dia telah tersilap sangka, bahawa biskut itu sebenarnya milik wanita asing itu!
#pengajaran: kesalahan orang lain sentiasa lita nampak, sedangkan kesalahan diri sendiri sering kita tidak sedar.
Rabu, 13 Mac 2013
Ahad, 10 Mac 2013
Kasih dan sayang ! !
Assalamualaikum dan Selamat Petang
Siang berganti malam,malam berganti siang. Itulah putaran Allah ciptakan utk hambaNya di dunia. Siang utk mencari rezeki dan malam utk beristirahat tetapi kerana utk keselesaan anak-anak,ibu bapa sanggup bersengkang mata tidak kira siang atau malam,mereka bekerja keras dan kuat utk keselesaan tersebut. Anak-anak senang sahaja cakap "ayah nk duit" atau "mak nk duit". Sebagai seorang anak,kita perlu memahami dengan mendalam kepayahan ibu bapa dalam mencari rezeki.
Tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini, apa salahnya kita bantu meringankan beban mereka dengan menunjukkan tingkah laku yang baik,sedap sahaja mata mereka memandang. Kasih dan jasa ibu dan ayah tidak dapat dibayar walau dengan segunung emas pertama,seluas mutiara di lautan.
Marilah sama-sama mengaminkan doa ini khas utk ibu dan ayah kita.
Ya Allah,hambamu yang kerdil ini menadah tangan memohon doa. Ya Allah ampunkanlah dosa kedua-dua ibu bapa ku,tempatkanlah mereka di syurgaMu yang indah dengan nikmatMu yang tidak terhingga. Ya Allah Yang Maha mengetahui, Engkau mengetahui bahawa ibu bapa ku telah menjaga amanahMu ini dengan sebaik mungkin andai ada kekhilafan mereka,Engkau ampunkanlah mereka. Engkau tabahkanlah hati mereka dengan setabah-tabahnya dalam menempuhi kesukaran dalam menjaga amanahMu ini,kuatkan lah semangat mereka agar terus berusaha menerapkan cahaya islam dalam hati ini. Ya Allah kuatkan juga semangat mak dan ayah untuk mencari rezeki yang halal agar mereka dapat memelihara kami. Amin
#kasih sayang ibu dan ayah tiada tolak bandingnya.

Langgan:
Catatan (Atom)