Ahad, 24 Februari 2013

Syukran . .

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah

Apa khabar kawan-kawan sekalian ? Harap di dalam keadaan sihat sejahtera ea. Alhamdulillah,syukur tehah di berikan lagi kesempatan untuk merasai nikmat yang Allah bentangkan kepada makhluk ciptaanNya. Dalam sibuk dengan menguruskan hal keluarga dan diri ini, tehah berkesempatan juga mengikuti kursus. Melalui kursus itu, tehah dapat menambah ilmu pengetahuan tehah yang masih sedikit ini,alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak penganjur,tuan penceramah dan pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung.

Dalam kesempatan ini ,tehah nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada sahabat tehah yang sentiasa ada ketika tehah susah atau senang,awak sentiasa mendengar masalah tehah, kadang-kadang malu dengan awak kerana walaupun awak sudah kehilangan ayah yang tersayang tapi awak tetap kuat dan tabah. Ucapan tehah untuk awak yang sentiasa tehah ingati dan sayangi,Semoga awak di panjangkan umur,di murahkan rezeki, sentiasa di berikan kekuatan dalam menempuhi segala dugaan dan di makbulkan segala yang dihajati , semoga persahabatan kita berpanjangan walaupun berjauhan serta sentiasa di bawah lembayung rahmatNya,Amin.

#Sepanjang kehidupan kita,bersyukurlah apa yang ada untuk kita :)









Sabtu, 2 Februari 2013

Biar Berakhir dengan Noktah

Assalamulaikum dan Selamat Malam :)

Pada tepat pukul 2340 saya dah selesai delete semua im dan dm awk. Bukan senang nak delete kenangan yang ada tapi dengan semangat untuk mengubah diri saya supaya berpijak pada bumi yang nyata tanpa angan-angan kosong. Walaupun hanya sekadar ayat-ayat cinta biasa tapi ianya banyak memberi semangat dan dorongan bila saya sedih dan duka. Awak , awk banyak ajar saya tentang kehidupan,cara belajar ketika dalam kesusahan.

Awak , janji Allah itu tepat. Andai awak yakin , awak akan tunggu saya walau 10 tahun,20 tahun dan selamanya. Andai bukan awak untuk saya,ada seorang wanita di luar sana menanti untuk merasa keikhlasan hati awak yang luhur. Jangan pernah menyesal dengan apa yang telah kita lalui kerana dengan itu kita dapat kenal antara satu sama lain. .

Dengan lafaz basmallah,saya cuba untuk lupakan segala masalah dan cuba untuk menjadi wanita hebat andai sehebat Ainul madhiah. . Hati yang utuh untuk Tuhan yang Esa tanpa berbelah bagi. Doa untuk awak tak lekang dari bibir ini kerana awak sahabat yang sangat baik dan memahami bukannya menyakiti dan memusuhi saya.

#Maafkan saya.