Khamis, 20 Jun 2013

Kami akan rindu Nida !!

Assalamualaikum, 

Dah lama tak entry kt sini. tehah sekarang berada di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) , Changlun. 8km sebelum sampai Thailand.. Dah masuk 3 minggu tehah kat kmk. macam-macam perkara tehah lalui. Perjalanan daripada Johor(tempat yg paling dirindui) hingga ke Kedah(tempat menuntut ilmu) bukan satu perjalanan yang dekat. tehah sedar ini adalah satu pengorbanan,ilmu Allah luas tak habis sampai bila-bila.

Tehah rasa bersyukur sangat kerana Allah tempat tehah di sini kerana di sini tehah belajar untuk kuat,kuat semangat. Siapa yang tak nangis bila pisah dengan keluarga, tipu lah tak menangis termasuk lah kaum adam. Lumrah bila kita jauh dari keluarga yang kita sayang kan. Jauh tak bermakna kita lemah semangat,justeru tehah kena jauh-jauh kena lebih semangat.


Then, tehah bersyukur sangat sebab di tempat dalam bilik b2.t1.14 - sila lah datang bila ini,kalau sanggup :) . Room mate tehah mmg paling superb lah, dah jadi cam keluarga. Masalah kteorg selalu kongsi, bukan masalah je tapi makanan,minuman,cerita dan apa2 lah. takde rahsia antara kami. Mereka ialah NIDA, MIRA, KAVITA. tapi tehah sedih sangat sebab NIDA nak pindah, keluar daripada kmk. NIDA nak sambung bidang yg dia minat. Berat rasanya nk lepaskan tp kami kena jgk sebab kalau NIDA bahagia, KAMI bahagia jgk. SEMOGA NIDA KUAT DI SANA DAN SENTIASA INGAT KAMI DI SINI. Kami akan rindu NIDA :( !! 


Terima kasih NIDA atas segala-galanya.


TEHAH, KAVITA, MIRA, NIDA :)