Assalamualaikum,.
Hari ini dah masuk hari yang ke tiga cuti sekolah pertengahan tahun..kebiasaannya cuti kita akan rancang nak buat sesuatu aktiviti untuk diisi.Dalam masa ini juga lah ibu bapa akan kekeringan wang kerana mahu memenuhi kehendak anak-anak.Apa kata sekarang kita ubah pandangan untuk jadi kan cuti sekolah lebih berfaedah tanpa ibu bapa kekeringan wang..senang sahaja,kalau kediaman anda mempunyai tanah yang terbiar,kita usahakan sedikit dengan menggunakan cangkul dan barang berkaitan dengannya,kita boleh tanam sayur-sayuran seperti kangkung,kubis,lada cili api dan sebagainya,banyak faedah yang boleh kita dapat daripada bercucuk tanam..pertama,badan boleh jadi sihat kerana bahan tidak digunakan dalam badan kita dapat dikeluarkan ,kedua pula kita dapat mendapat merasai sayur-sayuran yang kita sendiri tanam dengan segar dan tiada keracunan tapi jangan lupa untuk beri penjagaan yang rapi kpda sayur kita.,kita tidak perlulah nak ke pasar nak beli sayur,.kalau tanam,dalam beberapa hari dah dapat hasilnya, kita boleh masak selepas itu boleh bagi kepada jiran.dapat juga kita mengeratkan silaturrahim kan tidak bermasam muka sahaja,rezeki jangan ditolak..kalau yang tidak ada tanah untuk diusahakan seperti mereka yang tinggal di rumah kondominiun atau flat,.tidak perlu risau ada cara lain untuk anda tapi tunggu lain kali ea kerana tehah ada tugas lain nak laksanakan.jumpa lagi ea.sekian untuk hari ini..terima kasih kerana sudi baca.